Ar-Rahnu

ar-rahnu Ar-Rahnu Mobile

Ar-Rahnu

Pembiayaan Ar-Rahnu adalah kemudahan patuh Shariah yang menggunapakai barangan emas sebagai cagaran bagi menjamin obligasi keterhutangan. Tempoh dan kadar pembiayaan ditentukan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (Agrobank dan Pelanggan).

Konsep Shariah

Pembiayaan Ar-Rahnu menggunapakai konsep Tawarruq melibatkan dua (2) kontrak jual beli yang berasingan. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual (Bank) kepada pembeli (Pelanggan) secara tangguh. Setersunya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.

Kelayakan

  • Individu
  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
  • Berumur lapan belas (18) hingga tujuh puluh (70) tahun
  • Tidak diisytiharkan bankrap

Kelebihan

  • Produk patuh Shariah sepenuhnya
  • Bebas dari Riba
  • Tiada perubahan kadar keuntungan sepanjang tempoh pembiayaan
  • Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk penjelasan awal pembiayaan
  • Margin pembiayaan sehingga 80%
  • Tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan (3 tahun) dengan bayaran kadar keuntungan setiap 6 bulan
  • Kadar keuntungan serendah *RM0.55 sebulan
  • Cepat, mudah dan selamat
  • Cagaran dilindungi Takaful sepenuhnya
  • Pelanggan mempunyai pilihan perlindungan Takaful sekiranya berlaku kematian dan keilatan kekal
  • Perkhidmatan cucian emas percuma untuk cawangan terpilih
  • Lebih 100 cawangan di seluruh negara untuk berurusan

Ciri-Ciri Produk

Had Pembiayaan
  • Had Minimum bagi setiap Akaun Pembiayaan: RM100
  • Agregat Maksimum bagi setiap pelanggan : RM300,000
Margin Pembiayaan

Margin pembiayaan sehingga 80%* daripada Harga Emas Semasa (Nilai Marhun) yang dipaparkan di dalam laman sesawang Agrobank secara harian.

Tempoh Pembiayaan

Tempoh Pembiayaan sehingga 36 bulan (3 tahun).

Kadar Keuntungan Bulanan

Nilai Marhun (Nilai Emas Semasa) Kadar Keuntungan Bulanan untuk setiap RM100 Nilai Marhun
RM100 - RM2,000 RM0.55
RM2,001 - RM5,000 RM0.65
RM5,001 & ke atas RM0.80

Jenis Barangan Cagaran (Marhun)

Barang Kemas Emas

  • 999, 950, 916, 875, 835, 750
  • Menerima Barang Kemas Emas (BKE) bermutu 916 yang mempunyai batu permata dengan Margin Pembiayaan sehingga 60%* bagi cawangan terpilih. Klik untuk senarai cawangan

Syiling Emas dan Kepingan Emas

  • Minimum berat dari 1 gram sehingga 50 gram (semua cawangan)
  • Minimum berat dari 1 gram sehingga 100 gram (cawangan terpilih) Klik untuk senarai cawangan
  • Gred mutu emas: 916 - 999

Nota:

  • Menerima semua jenis kepingan emas dan syiling emas termasuk kepingan emas penghargaan dari majikan.
  • Semua jenis syiling dan kepingan emas yang dikeluarkan/diedarkan oleh Syarikat Pengedar, Kerajaan Negeri dan Bank di Malaysia KECUALI syarikat yang tidak mendapat kelulusan/kebenaran (serta disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia (BNM)) Financial Consumer Alert List - Bank Negara Malaysia (bnm.gov.my)

Cara Memohon

  • Lengkapkan borang permohonan dan bawa Kad Pengenalan beserta barang kemas emas/kepingan/syiling emas untuk cagaran di kaunter Ar-Rahnu Agrobank berdekatan.

Cara Pembayaran

  • Pembayaran kadar keuntungan boleh dilakukan melalui cawangan, mesin ATM, CDM, dan Perbankan Internet

Cara Penebusan

  • Penebusan cagaran hanya boleh dibuat di cawangan di mana gadaian dibuat dan pembayaran penebusan perlu dibuat secara sekaligus sebelum atau semasa tempoh matang pembiayaan.
  • Jadikan Pembiayaan Ar-Rahnu (Tawarruqsebagai kemudahan untuk mendapatkan tunai segera, menyelesaikan masalah aliran tunai dan mengelak dari aktiviti pinjaman haram.

'TUKAR EMAS ANDA KEPADA TUNAI'

 

Lembaran Maklumat Produk Ar-Rahnu 

Terma dan Syarat Ar-Rahnu

Senarai Cawangan Ar-Rahnu

Muat Turun Risalah Ar-Rahnu

Visi

Memperkasakan Pertanian
Melangkaui Perbankan


Misi

Meningkatkan taraf pertanian dan menyediakan sokongan berterusan untuk manfaat komuniti, ekonomi dan pemegang taruh

Bantuan dan sokongan

Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815,
50726 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1 300 88 2476 (LOCAL)

+6 03 2079 0600 (INTL)

Pertanyaan & Maklum Balas

     

Perkhidmatan Kami

Deposit
Pembiayaan

Lain-lain

Layari laman web

© Copyright Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) 2024. All rights reserved.